Wednesday, May 29, 2013

Ini Sangat Serious


Okay. I'll try to create post yang paling serious gitu.
Harap menjadi la ye?

Here we go!

Okay macam ni ceritanya. Da boring la asyik orang dok tanya bila nak kawen? Boyfren hang mana? Eh sorang je? Tak ajak boyfren sekali ke?

Tu belum lagi time aku keluar ngan kekawan lelaki. Ada je yang tanya tu boyfren ke? Memang kalau keluar ngan kawan lelaki terus jadi laki aku ke?

Setupid dam dam. You berak keluar ketam!

Memang suka kepoh hal orang ke? Sakit hati ke nengok orang single?

Damn you!

Aku okay je macam ni. Tak de orang kongkong. Tak de orang nak marah aku keluar dengan kawan lelaki. Da memang aku ramai kawan lelaki daripada perempuan. Dan tak de orang nak sibuk suruh aku punch card setiap saat. Rimas tawu tak? And you know what? Aku bosan sikit kalau yang jenis hari hari dok nak jumpa. Lepas tu buat benda yang sama je. Dating tempat sama. Aktiviti sama. Asyik nak kuar berdua je. Bosan la woi! And one more thing, aku tak suka orang check phone aku. Matilah kau! (emosi betul)

Tapi kan tipu la kalau aku cakap aku tak nak berteman. Nak tu nak tapi belum tiba masanya. Tunggu la bila da habis study ni. Da keje ke. Time tu cari yang betul betul or tunggu orang masuk meminang (ada ke?) Aku da penat la nak bercinta beriya macam nak mampos tapi lastly tak de pape. Membazir la. Membazir perasaan yang asyik nak sakit hati, sesedih tu semua. Senang cerita malas nak frust lagi.

Kekadang ada jugak nak try buat first move. Perigi cari timba? Ada lagi ke sekarang? Tapi kan aku memang suka buat gitu kot. Tak de la first move sangat tapi aku suka kekonon berani nak try usha. Kekonon je la. Tak berani pun sebenarnya (pemalu) Tapi kan kalau tak try, kita tak tawu. Kalau terlepas kang, aku jugak yang terlopong. Frust menonggeng gitu.

Tahap frust tu macam kau da aim satu baju ni kat shopping mall, korang kumpul duit macam nak gila. Bila da cukup duit, kau pergi kedai tu balik tapi baju yang kau nak da tak de. Last piece baru je jual 5 minit lepas. Haaaa menonggeng la kau kat situ.

Aku okay je kawen lewat (kot) walaupun semua adik beradik aku kawen umur 21. What? 21? Yelaaaaaaa! I can't imagine if I kawen umur 21 and sekarang tengah sibuk susukan anak sambil vacuum rumah. Wow! Multitasking gitu! hahahahaha Okay wait! Memang tak sedia lagi untuk semua ni.

After SPM aku terus keje kat company abang aku. Almost 4 years. Masa tu mana sempat aku nak berjimba sangat. Balik keje pun da lewat malam. Cuma sempat lepak mamak. Makan then balik tidur. Esok pagi pergi kerja and malam ulang lagi benda yang sama. Bila time belajar ni waktu aku macam banyak free sikit. Ada masa nak melepak lepuk semua. Baru nak rasa enjoy so nanti la dulu nak kawen kawen ni. Geli pun ada jugak hahahaha

Tunggu je la nanti bila masa da sesuai. Kewangan da stabil. Calon da tepat.

I'll meet someone. One fine day. Gitu kau!

Cukup serious tak post kali ni?