Sunday, September 23, 2012

TakdirNya

Ini dia. Takdir Allah.

Aku nampak dia tapi bukan aku yg di sisi. Yang pasti sebelahnya seorang perempuan. Perempuan tu memeluk lengan dia. Dia pulak memegang handbag perempuan tu.Masa tu mata aku tepat pandang ke matanya. Aku terus pandang tempat lain. Pura pura tak nampak. Aku nak tarik mak ikut jalan lain.

Tapi dia lebih pantas. Dia tegur akak. Akak pun terkejut. Apatah lagi mak. Tetiba terjumpa seseorang yg lama tak ketemu dan yg pasti orang itu aku rindu. Dia salam akak dan mak. Aku hanya berdiri kaku. Masih keliru. Ini mimpi atau pun realiti? Perempuan tu turut salam akak, mak dan aku. Tangan aku turut di cium.

Dari panggilan mak, terus dia panggil makcik. Tangan sudah ku genggam. Nak je tumbuk muka dia biar tak serupa muka. Aku sikit tak de curi pandang dia. Terus tak de hati. Tak de perasaan. Yang ada cuma rasa sakit hati. Macam kena hiris pisau yg baru di asah.

Berbuih mulut aku cakap. Aku pantang kalau di tipu. Ini dia. Allah nak tunjuk. Aku nampak dengan mata aku sendiri. Aku tak kisah dia ada orang lain. Tapi dia cakap dia tak de sesiapa selain aku, tapi sebenarnya ada. Bila aku da mula benci kau. Sampai mati aku akan benci. Jangan sampai kita terserempak lagi.

Geram.

Kecewa.

Sedih.

Aku tak mampu hadapi sendiri. Terima kasih mak. Terima kasih akak. Terima kasih kawan. Terima kasih sentiasa ada di belakang ku.

Dan kau tak perlu nak sibuk hal aku lagi. Tak perlu nak tahu aku ke mana. Dengan siapa. Kau tak de hak nak tahu. Jangan buat aku lebih benci kau.

Sepatutnya aku ke tempat lain kalau ikut perancangan awal. Tapi last minute tukar plan. Aku redha. Sudah tiada jodoh. Ini takdir Allah. Kau kena kuat yun. I have to move :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 19, 2012

Bila?

"Bila nak kawen? "

Tak ada jodoh lagi.

"Memilih sangat la ni. Nak cari yang handsome ngan kaya je ke? "

Kau ingat kawen tu macam main pondok pondok ke?

Da jemu jelak la dengar soalan sama. Serious bosan aku kalau hari hari orang tanya benda sama.

Otak kau tak berkembang ke?

Da tak de idea ke?

Da tak de benda lain nak tanya?

Hmmmmm

"Kalau kau kawen da dapat 2, 3 orang anak tau"

Memang urusan jodoh dan rezeki tu da kat tangan kau ke?

Memang tak salah ambil berat pasal orang lain tapi tak perlu sampai jaga tepi kain orang.

Menyampah aku.

Kbai.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, September 4, 2012

Raya Raya ♥

Agak boring bila exam time raya. Tapi nak buat macam mana. Terpaksa juga.

Well, exam pun da abis kelmarin. Dengan ini, boleh la aku beraya sakan. Maklum la. Johor pun raya sebulan. Raya agak main hembus je serbu rumah orang. Hari isnin pulak tu nak beraya. Orang sibuk keje, kau sibuk raya.

Tahniah kepada Acin, Dian, Sue, Sapik, Apit n Din sebab berjaya beraya pada hari isnin yg mulia. Maaf kepada kawan kawan lain yang bekerja. Selamat mencari rezeki yang halal. ^_^v

Published with Blogger-droid v2.0.9