Tuesday, November 27, 2012

Family Day Cosmopoint

Ada suka.
Ada duka.
Pahit manis kita lalui bersama.
Susah senang kita redahkan juga.

1st day - Pistol air. Nak langgar biawak. Main bola. Pasir masuk bontot. Tiup dalam air. Istana pasir. Krusher kepsi. Cari tempat karaoke. Charger Hailmi. Main kad. Cicak dalam baju Acidd. Hujan. Ribut. Petir. Phone kak nurin. Lari daripada ribut petir. Adira hero of the night. Jadi pelarian satu malam. Pillow talk. Truth or dare. Tido 2 jam.

2nd day - Babi hutan. Takde air paip. Sukaneka. Green team. Air sirap habis. Ayam tak masak. BBQ. Photobooth props. Balik awal. Keropok lekor. Barang tertinggal dalam kereta nana.

Tak de line maxis. Teruk betul coverage maxis ni.

Walaupun ada kejadian yang tak best, kita orang harungi jugak bersama. Semua benda setel kan sama sama :) #Cosmorian

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 14, 2012

KAWAN #3

Selalunya distance relationship jadi kat orang yang bercinta. Tak mustahil jadi kat hubungan persahabatan. Jujur tu penting. Kita bukan nya nampak depan mata. Kadang kadang setahun sekali je dapat jumpa. Yes, kalau kita tahu hal sebenar memang la sakit tapi kurang la sikit sakitnya dari kita dapat tahu yang kita ditipu. Hamboi kalah orang bercinta uolls :p

Lagi satu hal bila kita da syok satu geng, tetiba ada yang tangkap leleh. Ada pulak yang nak bercinta. Memang la tak salah. Perasaan tu datang sendiri. Tapi kalau geng kau tu 6 orang, kira okay la. Yang berdua tu bercinta, lagi 4 boleh melepak macam biasa lagi. Cuba fikir kalau geng kau tu 3 orang. Korang berdua bercintan cintun, yang lagi sorang nak campak mana? Kesian la dia. Tak kan nak threesome pulak kan?

Kita da besar. Kita boleh fikir. Kita boleh tahu mana satu kawan yang baik dan mana satu kawan yang setan :)

xoxo

Published with Blogger-droid v2.0.9

KAWAN #2

Yang jenis lupa kawan tu sama je dengan kes kawan yang tikam belakang. Ape ni main tikam belakang? Tikam depan la kalau berani. Depan kita kemain baik. Pijak semut pun tak mati. Belakang kita perangai macam lahabau. Lebih kurang je macam musuh dalam selimut.

Bukan dalam hubungan cinta je kita kena give and take. Kadang kadang dalam hubungan persahabatan pun kita kena jugak. Kalau da memang kawan kita jenis tak reti mengalah, keras kepala & nak menang je, kita pun kena la mengalah. Mengalah tak semestinya kalah kan?

Kalau dapat kawan yang jenis cakap lepas macam aku ni. Korang redha je la. Well, aku memang suka cakap lepas. Sape yang da kawan lama dengan aku mesti faham dan mesti tak amik hati sebab tu memang cara aku. Tapi kebiasaannya lepas aku cakap tu mesti aku buat lawak bodoh. Nasib baik la Ayunn ni sorang je dalam dunia :p

TBC :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, November 13, 2012

KAWAN #1

Kawan. Rakan. Sahabat. Geng. Member.

Semua orang pun ada kawan. Yang membezakan cuma kawan kau tu kawan biasa, ataupun kawan rapat.

Kalau kawan rapat memang jenis tak kisah punya nak dok maki maki ni. Selamba badak je membabi, mensial, membodoh semua. Bukannya biadap tapi tu memang caranya. Belum part kutuk muka hodoh, perut buncit, pendek, ketot semua. Memang tak kan nak terasa sampai ke lubuk jantung.

Tapi ada pulak kawan biasa kita yang feeling dia macam kawan rapat. Padahal nak jumpa or contact sebulan sekali pun belum tentu. Jenis suka menyibuk, mencelah, mengepoh hal kita. Jenis yang tak tahu cerita tapi sibuk buat andaian yang entah pape je.

Belum masuk kes kawan yang suka amik kesempatan ni. Kalau susah je cari kita. Kalau tengah senang, nak pandang sebelah mata pun dia tak nak. Siap hembus hingus kat kita lagi. Tragis sungguh.

TBC :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 11, 2012

Ulasan Filem - Istanbul Aku Datang

Mula mula aku sorang je yang beriya nak nengok cerita ni. Acidd dengan Hailmi macam nak tak nak je. Bajet tak nengok cerita melayu leteww hahaha


Istanbul Aku Datang - Pengarah dia Bernard Chauly. So memang la cerita dia akan best punya. Sebelum ni pun cerita Gol & Gincu dan Pisau Cukur. Dua dua tu aku nengok wayang k.

Apa yang best dalam filem ni

Sangat lah fresh. Filem ni pun tak la cliche macam cerita melayu yang da ada. Location dia tu memang dah confirm cantik gila. Istanbul memang location yang tepat instead of Paris yang da banyak sangat cerita melayu buat kat situ.

Di tambah pulak dengan Lisa Surihani yang comel nak mampos. Sebenarnya aku tak berapa suka bila Lisa berlakon sebelum ni sebab dia selalu berlakon kayu beluti. Tapi dalam filem ni dia berlakon best! Pakaian Lisa yang colorful tu sangat membantu. Yang paling gila sekali dia boleh lari kejar lelaki turki tu dengan high heels. Mampos lahai. Elak terjatuh je.

Bila dah start Beto masuk, terus lagi semangat aku. Memang patut pun Beto berlakon filem ni. Sangat sesuai. Comel, macho, gaya, mutu dan keunggulan. Semua la! hahaha over nak mampos. Comel sangat masa scene Lisa takut kucing n panjat belakang Beto. Sumpah comel sesangat.

Suara latar masa comment kat blog Lisa tu kelakar k. Yang aku cam cuma suara Fazura. Lagi dua orang tu tak sure pulak suara sape. Maybe suara Rafidah.

Apa yang TAK best dalam filem ni

Gandingan Lisa n Tomok. Dorang langsung tak sesuai nak bercintan cintun. Macam tak de chemistry. Tomok sangat la jambu dengan muka yang sendu. Nak romantik ke, nak marah ke, langsung tak sampai. Aku bantai gelak je boleh? Lagipun Tomok nampak macam lagi muda dari Lisa pulak. Masa scene Tomok pujuk Lisa tu sangatlah boring. Scene tu macam lama sangat Tomok tu nak nyanyi. Yang tak best sebenarnya berkaitan dengan Tomok. Hailmi da mengamok dalam wayang semua sebab Tomok! hahaha

Sorry to say, Aizat pun sama. Aizat macam baca kertas je bila berlakon. Kayu sesangat. Aku rasa watak Aizat tu tak de pun tak pe la. Lagi satu pelik pulak bila bf tak tahu gf dia tu blogger. Hari hari dok update blog pasal dorang hmmmm

Overall, filem ni best walaupun ada Tomok n Aizat hahahahaha Plot n location dia sangat membantu. Filem ni ada semua. Gembira, sedih, kelakar, sweet, romantik semua. Memang tak membazir RM12 tu sebenarnya.

Moral of the story - Kalau bf kau dah dok maki hamun kau, tak payah la pilih dia. Walaupun kau da lama kenal dia. Dia tak appreciate kau. Dah la curang belakang kau. Maka pilihlah Beto Kusyairy. Eh? hahahaha dia laki orang dow -.-

xoxo
PUBLISH!

Monday, November 5, 2012

nyenyenye

Tajuk memang tak memberangsangkan. Maaf la ye. Akibat buntu tak dapat tweet. Macam ni la rupanya. Tu la sape suruh betting lahabau?

Baru nak menyesal sekarang. Tiada gunanya. Takkan aku nak update status fb macam aku tweet kot? Memang nak kena blocked la kan. Tak pun aku kena ngumpat kat twitter macam yg aku selalu buat hahahaha

Aku cuma terkilan satu je. Aku nak wish birthday Aril. Tapi tak boleh nak tweet. Maka dengan itu, aku telah DM dia. Nasib baik aku boleh DM. Aril follow aku. Kau mampu? Hahahaha

Nasib baik la Acidd bagi idea macam tu. Lagi satu Acidd suruh instagram. Aku pun buat la. Tapi dalam tabby cuma ada satu je gambar aku dengan Aril. Tapi kan Aril bukan selalu pun main instagram.

Lagi 2 hari puasa tweet :|

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 3, 2012

Betting 3 hari

Disebabkan aku da gatal pergi betting puasa tweet 3 hari dan Arsenal pulak menanggung kekalahan 2-1, terpaksa la aku tak tweet 3 hari.

Dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa saya tidak akan mentweet selama 3 hari.

Start kejap lagi pukul 12 am ahad sampai la 12 am selasa. Tak yah nak mention or unmention aku. Tak yah nak menganjing seperti hanjing kurap tersedak tulang. Kang kena sepak guna bontot.

3 hari bukan lama. Tapi kan sebenarnya lama jugak la babi. Habis la news feed fb korang penuh muka aku je. Tak pun aku tweet guna twitter akak aku hahahaha.

Apa ada hal? Aku kan ada myspace, netlog, tagged, facebook, skype, ym, whatsapp segala. Instagram pun boleh buat bebual. Tak de pun, hari hari aku menaip kat blog. Habis citer. Okbai :D

Published with Blogger-droid v2.0.9