Friday, July 6, 2012

Bebudak sekolah sekarang

Budak sekolah sekarang lagi hebat dari umur yg macam aku ni. Da berani nak buat macam macam. Tak kisah langsung orang sekeliling.

Aku tak kata time sekolah dulu aku baik. Tapi aku masih ada batas waktu tu. Aku pun ada bf time sekolah dulu. Tapi aku tak de la duduk menanguk kat bandar dengan pakai baju sekolah. Tak de la setiap hari rabu aku jadi agas dekat bandar. Mungkin zaman aku dulu tak canggih macam sekarang. Budak sekolah sekarang lebih up to date. Pergi sekolah pun bawak duit paling kurang rm10. Cakap dengan mak ada kelas tambahan. Tapi kau melepak depan CS. Siap amik gambar dalam toilet sebab nak buat dp facebook. Ramai sangat budak sekolah melepak depan cs da macam lalat hurung taik.

Belum masuk bab bercintan cintun. Bercinta mengalahkan orang tua. Kononnya bf/gf tu la nyawa. Tak de siapa yg boleh pisahkan. Kononnya la. Kemain berkepit berdua beratur beli ticket wayang. Beli couple seat pulak tu. Kecik kecik da pandai. Entah ape yang dibuatnya dalam tu. Nengok wayang ke buat wayang?

Belum masuk bab beramah mesra lagi. Boleh ke kau nak salam peluk cium bf/gf kau depan orang ramai? Boleh kau nak duduk peluk pinggang sandar bahu bf kau? Boleh pulak time jalan si bf peluk bahu, si gf peluk pinggang. Silap langkah, mau jatuh tergolek korang berdua. Yang pakai tudung pun sama naik.

Ni tadi aku duduk tunggu ayah amik kat kolej. Depan mata aku budak sekolah ni beramah mesra. Tanpa segan silu. Ramai orang lalu lalang kat situ.


3 comments:

ajis cullens said...

caya la yun....aq sokong dengan pe yg ko cakap....kalo ade lagi budak mcm ni..ko snap la pic dorang..masok blog..

Ayun Sam said...

Kan? Lepas ni aku amik gambar lagi. Haha

ajis cullens said...

terbaek terbaek...amek je gambo..aq ni da jarang g cs..slalu g tmpt yang BUS x masok..x la ramai budak skola..hihihi..chantex2...nt post kat blog...aq sebarkan..hehehehe