Wednesday, March 23, 2011

Artis Kita

AMARAN KERAS : Maaf kalau ade peminat peminat lain yang benci bace post ini. 


SEGMEN 1 : Peminat Setia.

Aktiviti ni lame da ayun terjebak. mule terjebak dengan akak. pantang dengar artis datang. tak kisah la promo filem ke, promo album ke, konsert ke. kalau boleh sumer nak pegi. tak nak tertinggal satu pun. dulu mase start terjebak ni, time sekolah lagi. mane la ade camera kan. hp pun bukan ade camera. hp 3310. da cukup canggih la tu. bile ade ape ape event jek, semangat datang awal. nak duduk betul betul depan pentas. konon nye minat sangat la tu. time artis tu nyanyi, mulut ni terkumat kamit macam hafal sangat la kan lagu dorang tu. tapi tak pe la. asal dapat nengok depan mate da cukup bahagia. balik je terus canang kat mak n esok nye sibok ceciter kat member member pulak kat sekolah.


SEGMEN 2 : Mengejar Artis.

Bile da abis sekolah, mule da ade hp yang ade camera n jugak camera digital sendiri. mula la dok mengejar artis. tak men lagi dok depan pentas tu. macam budak budak skolah je. sibok tunggu depan pintu masuk shopping complex tu. da macam jadi temporary pak guard pulak kan. konon nye nak jadi peminat pertama yang artis tu jumpe. kadang kadang siap tunggu kat bas or kereta yang artis tu naek lagi. tak cukup dgn tu, bile time artis tu nak balik, siap ikot bas or kereta artis tu lagi. sampaikan artis tu sendiri pelik.dasyat betul peminat die ni.


SEGMEN 3 : Artis di Backstage.

Bile da keje pulak, da ade DSLR sebijik. wah bukan main macam paparazzi la konon. lepak blakang pentas pulak. segala ape artis tu buat kat blakang, sibok nak nengok. sikit pun tak kesian kat kaki yang sakit tu. berdiri je, tunggu je artis tu kuar sr blakang then trus snap pic bape banyak yang dapat. konon konon gambar tu exclusive. orang lain tak de. tapi bile da lepak kat blakang tu, bawu la nampak perangai sebenar dorang ni. ade yang sombong tak ingat. bukan main teruk lagi. konon kau tu da femes sangat ke? ade yang tersangat la baik. senyum tak pernah lekang pun kat bibir tu. mesra betul bila bebual ngan peminat.

KEBENARANNYA


Setelah berjaya melepak kat blakang pentas, bawu ayun tawu macam mane perangai artis kite ni. tak semua baek macam kite nengok atas pentas tu. tak semua peramah macam kite nengok atas pentas tu. tak semua mesra macam kite nengok atas pentas tu.

Ade pulak P.A atau bodyguard artis yang tak bagi peminat ambil gambar sedangkan artis tu tak kisah. peminat mungkin da sumpah seranah P.A atau bodyguard tu. cube kite pandang dari sudut yang lain. mungkin artis tu sendiri malas nak layan peminat die. tak paham? oke macam ni. artis tu malas nak layan peminat die, so die da cakap kat P.A atau bodyguard die awal awal yang die konon nye akan melayan peminat die dan P.A atau bodyguard pulak akan menarik artis tu. nampak macam artis tu tak sombong dan P.A atau bodyguard yang sombong nak mampos. paham ? ade pulak artis yang sengaje tutup muke nye di bahu bodyguard. wadehel ?

Ade artis yang kite minat macam nak giler. bukan main like kat fesbuk n follow kat twitter lagi. konon nye tak nak tertinggal langsung status yang di update oleh artis tu. bile atas pentas, artis tu la yang paling disorak sorak. artis tu konon nye serba boleh. boleh jadi pelakon, pengacara, pelawak malahan penyanyi lagi. tapi sayang, bile kat blakang pentas, artis itu lah yang paling sombong + kerek nak mampos !

CONTOH 1 :
Caption 1 : P.A / bodyguard sibok protect artis itu.
Caption 2 : Muke artis tak senyum langsung. mate tak nengok kat camera langsung 
sedangkan name die da dipanggil berpuluh kali.
Caption 3 : Artis nak pegi toilet pun nak suwoh P.A / bodyguard temankan. ramai pulak tu.
Caption 4 : Akhirnya gambar yang berjaya diambil ialah gambar artis yang paling buruk.


CONTOH 2 :
Caption : Artis buat muke bile dapat hadiah dari peminat.
Peminat tu punye la excited kejar die semata mata
nak bagi hadiah.

CONTOH 3:
Caption : Artis sibok dengan hp nye. sibok update twitter leteww.
Padahal kat tepi ni peminat macam nak tercabut tekak panggil.


KEBENARANNYA

Kebanyakan artis yang dibenci, lebih baik perangai sebenarnye bile di belakang pentas. Artis tu selalu digosip malah dimaki. siap ade fanpage benci artis tersebut. tapi artis tu baik + ramah bila layan peminat. ade jugak artis yang tak ade ramai peminat tapi sentiase senyum semase di belakang pentas. peminat artis lain bile nengok muke die terus boleh jadi minat. 

CONTOH 1 :
Caption 1 : Artis berlari ke pentas
Caption 2 : Artis berhenti bile peminat panggil
Caption 3 : Artis senyum ke arah camera :)

CONTOH 2 :
Caption 1 : Artis melambai dan senyum kpd peminat walaupun baru sampai
Caption 2 : Artis tetap melayan peminat walaupun crew da panggil.



CONTOH 3 : 
Caption : Artis ini sentiase tersenyum dan sentiase melayan peminatnye


CONTOH 4 :
Caption : Artis ini tetap senyum walaupun ramai orang membencinye

KESIMPULANNYA

Tak kisah la sesiape pun artis yang kite minat, yang penting jangan lah kutuk artis tu macam nak gile. tak semua orang suke kite. ayun ni pun tetap suke kat artis yang sombong tu sebab bakat yg die ade tak semua orang ade. tapi, die kena la berubah kan? korang tu artis malaysia je, korang kena layan pun tak ramai macam artis artis antarabangsa tu kena layan peminat dorang. tapi sebenarnye tak semua artis macam ni, ni cume sebahagian je. 

*sowy la ye kalau sesape tak suke. ayun nak berkongsi je :)

No comments: