Friday, December 2, 2011

Him

Aku tak tawu adakah aku patut tulis pasal dia lagi? Tapi aku betul betul terkejut bila aku ternampak wall post tu. Dan aku tak tawu apa perasaan aku sebenarnya. Tapi yang pasti aku tak cemburu. Aku cuma rasa nak muntah. *tu bukan cemburu kan?* Hmmmmm yes, memang kami da tak de apa apa hubungan dan dia berhak nak melayan sesiapa sahaja tapi bila aku nengok wall dia, perempuan tu yang tulis, ouhh damn!

Memang aku rasa seperti dicabar. Sebab perempuan tu perempuan yang sama dengan dia masa aku tengah ada problem and break kejap. Tahun lepas kot. Haaa post yang ni. Post tu pun bulan december last year. Cukup la setahun kan. Masa kita orang da on balik pun, dia ada cakap yg dia tak pernah pun jumpa perempuan tu. Cuma kenal kat fb. Cuma text and call je. Tapi da panggil sayang bagai. Apekah?

Hmmmm memang bukan lagi hal aku. Tapi da aku terbuka wall dia. Dan takkan la aku tak nak baca kan. Siap miss you bagai. Mula mula aku tak perasan tu perempuan yang sama. Bila akak aku cakap, bawu aku perasan. Fuhhhh akak aku memang kuat gila daya ingatan dia. Aku ni banyak makan semut. Hmmmm sebenarnya aku tak sangka dia macam tu. Sebab dia susah nak dengan orang lain sebab dia yang susah nak lepaskan aku dulu. Tapi da nama lelaki kan. Lelaki tetap lelaki. Tak kira la kalau dia janji setinggi gunung pun.

Entah, aku tak tawu apa lagi aku nak cakap. Congrats for both of you. Tu je kot yang patut aku cakap. Hmmmmm tapi kalau la kau melayan perempuan tu hanya untuk lupakan aku, better kau terus terang dengan dia. Tak baik mainkan perasaan perempuan tu pulak. Aku nengok dia da beriya semacam je. Kau da pergi jumpa dia belum? Macam ape je kan. Da sayang menyayang tapi tak pernah jumpa. Pity you :)

No comments: