Thursday, December 1, 2011

Goodbye November, Hello December

Da genap seminggu tak tulis blog. Tipu la kalau aku cakap da bersarang. Memang tak la kan. Bukan aku malas nak update tapi keadaan tak mengizinkan. Aku betul betul busy buat assignment. Tiba tiba dapat sekali empat assignment. Tak berkat pulak kalau nak maki kan? Jadi dengan rela hati terpaksa jugak aku buat. *rela ke terpaksa ni?*

Kebetulan pulak hari ahad cuti so ganti hari isnin. Kat kampung ada pulak orang kawen. Kana la aku ikut balik kampung. Kononnya nak jumpa acin kat sana tapi dia balik jb pulak. Sungguh tak ada rezeki nak jumpa. I miss you damn much sayang!

Ahad malam pulak ada bola. Mana la jari aku ni nak menaip assignment tu sambil nengok bola. Kalau tweet sambil nengok bola boleh la :p  Lepas bola habis, dorang ajak keluar nengok wayang. Apa lagi kan. On je la. Ikut hati memang nak nengok Breaking Dawn tapi akak aku nak nengok Aku Bukan Tomboi. Nasib baik ada Shaheizy Sam and cerita tu pun best. Tak de la bosan. Kelakar :D

Hari Isnin bawu la aku nak beriya menaip assignment. Aku buat main hembus je. Bukan nya boleh siap cepat sebab isi aku tak carik pun. Aku da taip selaju mungkin. Tiba tiba mak panggil suwoh siap nak balik Joho Baru. Sampai umah, kononnya nak online dengan MIZ. Kebetulan masa aku bawu sampai umah, dia text and call. Tapi rumah dia blackout pulak. So tak jadi nak online sama sama. Nasib baik jugak, boleh aku sambung buat assignment. Gila babi aku wat assignment dari pukul 2 pagi sampai 7 pagi. Sempat aku berhenti subuh dulu.

Hari selasa pulak tak de class, ikut kan hati memang nak sambung buat sebab lagi satu assignment belum siap lagi. Tapi aku ni bukan la ada lappy sendiri. Aku pinjam lappy akak aku. Dia pulak busy jugak nak buat report. Aku terpaksa la menunggu dia balik. Time dia balik da pukul 8 lebih. Kononnya aku nak tunggu Cinta Elysa dulu tapi haram kan! Citer tu tak de! Aku sambung buat assignment yang last. Sempat lagi kejut MIZ pukul 4 sebab dia da pesan. Nak nengok bola. Tapi Arsenal kalah pulak. :(  Pukul 6.30 bawu aku dapat tidur dengan aman setelah berhempus pulas. pffffttttt

Birthday Countdown : 4 more days! :D

No comments: